Saturday 13 January 2018

PROGRAM MOTIVATO MALAYSIA



Pada 13 Januari 2018, Program Motivato Malaysia telah diadakan di Dewan Kuliah Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini dikelolai oleh Motivato Malaysia. Program ini disertai oleh peserta dari UKM sendiri dan juga beberapa orang peserta luar. Sekretariat KASIH 7 juga turut terlibat dalam program ini. 

Program ini dimulakan pada pukul 10 pagi , dengan "Opening of Founder Motivato Malaysia" iaitu En. Tabah Sazwan Othman dengan tajuk "Stand Strong". 




Slot "Stand Strong " oleh En Tabah Sazwan Othman


Slot seterusnya ialah daripada panel En. Awad yang merupakan seorang komposer/ jurutera bunyi di Media Prima. Beliau membawa tajuk "Muzik dalam Kehidupan". Beliau telah memenangi banyak anugerah muzik dalam dan luar negara.



Slot "Muzik dalam Kehidupan " oleh En Awad


Kemudian diteruskan dengan En. Esry Senawi dengan tajuk "Aku dan Lensa " sebelum diteruskan dengan penyampaian daripada En.Bisha Omar yang merupakan penasihat utama KASIH7 . En. Bisha Omar merupakan Pemenang Anugerah Bintara, UKM.


Slot "Aku & Lensa" oleh En Esry Senawi 

Sebelum "lunch break" program diteruskan dengan penyampaian hos / wartawan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu En. Nik Syafiq yang merupakan wartawan Melodi . Melodi merupakan rancangan berbentuk hiburan terbitan TV3 yang menawarkan pelbagai perkembangan artis tanah air dan juga luar negara.


Sekretariat Kasih 7 menemu ramah En. Nik Syafik bagi slot "Dari Sukan ke Dunia Hiburan".






Selepas "lunch break" program diteruskan dengan slot "Dunia Kewartawanan" yang disampaikan oleh En.Said Thani yang merupakan Penerbit Eksekutif Malaysia Hari Ini (MHI) yang merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi yang ditayangkan di TV3 




Slot "Dunia Kewartawanan " oleh En Said Thani

 Kemudian diteruskan dengan penampilan Maria Tunku Sabri yang merupakan personaliti TV3 dengan slot "Persediaan Temuduga Penampilan dan Imej". Maria Tunku Sabri merupakan personaliti TV3 yang menjadi pengacara program "Jalan-Jalan Cari Makan". Program ini menengahkan restoran dan makanan lazat di seluruh Malaysia.





Slot "Persediaan Temuduga Penampilan dan Imej " oleh Maria Tunku Sabri





Program diteruskan lagi dengan Talk Show "Resepi Tok Ayah" bersama moderator En.Tabah Sazwan Othman.

 Maria Tunku Sabri, En. Nor Rezan Mohamad Noor atau lebih dikenali sebagai "Tok Ayah", En Mohamad Reza Fikry bin Nor Rezan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Gramps Asia,  dan beberapa orang krew Gramp's setelah berakhirnya slot "Persediaan Temuduga Penampilan dan Imej".


Slot pada sebelah petang diteruskan dengan slot "Trust Me , I'm a Physiotherapist" oleh En. Nasrul Physio


Sesi demonstrasi fisioterapi yang diadakan oleh En. Nasrul Physio kepada En. Bisha Omar semasa slot "Trust Me, I'm a Physiotherapist"

Setelah itu, program telah diteruskan lagi dengan slot "Cipta Personaliti" oleh En. Omar Abdullah. En. Omar Abdullah merupakan seorang pelakon veteran. Penglibatan En. Omar bidang lakonan sudah melebihi 40 tahun.




Dari kiri: En. Nik Syafik, Pn. Maria Tunku Sabri, En. Said Thani selaku penerbit eksekutif MHI, En. Omar Abdullah, dan En. Tabah Sazwan Othman.
Salah seorang peserta Motivato Malaysia.


Program Motivato Malaysia telah berjalan dengan lancar. Diharapkan sekretariat KASIH7 yang hadir pada program kali ini dapat memanfaatkan dengan sebaiknya ilmu yang disampaikan.








0 comments:

Post a Comment