Tuesday 7 November 2017

KEMENANGAN KASIH 7 DI BICARA TUNTAS

Pada 4 November 2017 yang lalu, Kolej Burhanuddin Helmi telah menghantar pasukan KASIH 7 untuk menyertai pertandingan Bicara Tuntas yang diadakan di Pusanika. Sebanyak 22 pasukan dari setiap kolej telah menyertai pertandingan tersebut. Setiap pasukan yang bertanding harus membentangkan tentang program yang bakal mereka anjurkan untuk mendapatkan tajaan dari pihak-pihak yang tertentu.

Program KASIH 7 yang bakal dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi telah dibentangkan oleh Ketua Program KASIH 7 iaitu Nur Anis Suhaila bt Md Sharif dan pembentangan tersebut telah menambat hati para juri sekaligus program KASIH 7 telah menjuarai pertandingan Bicara Tuntas tersebut.

Hadiah untuk tempat pertama pertandingan tersebut merupakan wang tunai sebanyak RM3000 dan wang tersebut akan disalurkan dan digunakan sebaik mungkin untuk membiayai program KASIH 7 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Para pemenang pertandingan Bicara Tuntas.









Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Anis Suhaila dan pasukan KASIH 7 kerana telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi pertandingan Bicara Tuntas pada kali ini. Semoga program KASIH 7 yang bakal dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya hendaknya.