Saturday 30 December 2017

EDARAN RISALAH UNTUK MEMPROMOSIKAN KASIH7


Pada 31/12/2017, beberapa orang sekretariat Kasih 7 telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pembahagian ini dilakukan untuk pengedaran risalah (flyers) program Kasih 7 yang bakal berlangsung tak lama lagi. 

Kumpulan pertama ditugaskan untuk mengedar risalah di program kayuhan King of Mountain Peras di Batu 18 Hulu Langat , Selangor manakala kumpulan kedua ke Youth Selangor Festival di Batu Caves. 














Terima kasih kepada sekretariat yang turun padang untuk mempromosikan kasih7 kali ini. 
 
Apa tunggu lagi riders sekalian?! Rugi kalau tak join Kasih 7!!!! TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 10 FEBRUARI 2018!!

Untuk pendaftaran sila klik sini  !!

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi no yang tertera di bawah
SUHAIL : 019 402 5053
AFIQ: 011 3208 8771
EN.BISHA (PENASIHAT PROGRAM) : 019 270 0026

Friday 29 December 2017

GUNTINGAN RISALAH KASIH 7

Pada 29 Disember 2017, beberapa sekretariat Kasih 7 ditugaskan untuk menggunting risalah (flyers) Kasih 7 untuk diedarkan kepada komuniti berbasikal.

Risalah ini juga akan diedarkan di program-program kayuhan di sekitar Selangor untuk mempromosikan program Kasih 7.




Saturday 23 December 2017

KASIH 7 MUNCUL DI KERATAN AKHBAR

Pada 23 Disember 2017, program Kasih 7 telah muncul pada keratan akhbar. 


Wednesday 20 December 2017

Kemenangan Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pengajian Tinggi 2016

Majlis Anugerah Tokoh Mahasiswa diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf penglibatan pelajar dalam penganjuran program / aktiviti berimpak tinggi dan positif kepada masyarakat, universiti dan kemahiran Insaniah pelajar.

Pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pengajian Tinggi 2016, Felo Penasihat program Kasih 7, Amira binti Ismail telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Program Sukan.



Berikut merupakan video Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016. Detik kemenangan Amira dapat dilihat pada minit 10:58.

Monday 18 December 2017

TRAIL KAYUHAN KASIH 7

Ini adalah proses pasukan Teknikal (Yang di ketuai oleh Pak Din) sudah mencari Trail Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH 7)
Trail final kami akan update daripada masa ke semasa
Trail yg akan digunakan untuk Kasih 7
credit : Nazri Putra

TEASER KASIH 7

Sunday 3 December 2017

DESIGN MEDAL & TSHIRT KASIH 7


AKHIRNYA

ramai yang tertanya-tanya bagaimana "design " MEDAL dan TSHIRT






PENASIHAT KASIH 7



Kami mendapatkan nasihat daripada beberapa nama yang tidak asing lagi dalam dunia Basikal untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada beberapa peminat aktiviti berbasikal di Malaysia





Antara perbincangan antara Jawatankuasa penganjur dengan Pak Din








PANORAMA LALUAN KASIH 7


PIHAK URUSETIA BANYAK MENERIMA WHATAPSS DAN PERTANYAAN DI MANAKAH LALUAN KASIH 7

Antara Laluan KASIH 7
1. Sekitar Kampus UKM
2. Permata Pintar Negara
3. Hutan Pendidikan Alam (HPA)
4. Ladang UKM














KEMANA DUIT KUTIPAN DISALURKAN

MISI SEDEKAH JUMAAT

30% daripada dana yang dikumpul akan diberikan kepada Misi Sedekah Jumaat. Misi Sedekah Jumaat adalah usaha yang diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti gelandangan, anak yatim, miskin bandar dan pelarian. MISI SJ dijalankan setiap minggu atau berdasarkan keperluan.

Terdapat beberapa usaha yang dijalankan di dalam Misi SJ iaitu:

1) MISI SUSPENDED MEAL (Mingguan)
2) MISI SUSPENDED MEAL KHAS (Mingguan)
3) MISI PEST CONTROL (Bulanan)
4) MISI INFAQ RAMADHAN (Bulan Ramadhan sahaja)
5) MISI NAK KERJA (Terbuka/Keperluan)
6) MISI WAKAF ILMU (Terbuka/Keperluan)


Sumbangan bagi MISI SJ bermula serendah RM6 untuk makanan bermasak. MISI SJ akan mengedar set makanan bermasak melalui MISI SUSPENDED MEAL kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim, gelandangan, pusat perlindungan pelarian dan lain-lain.


"We share, We Care"

MISI SEDEKAH JUMAAT @ ASTANA DAMANSARA NASI KUKUS

Untuk maklumat lanjut atau menyumbang:

Whatsapp: 013-3883966
Email: misisedekahjumaat@gmail.com
FB : Misi Sedekah Jumaat
FB Group: Misi Sedekah Jumaat|Suspended Meal

Laman web: www.bit.ly/sjadnk
Alamat:
Astana Damansara Nasi Kukus,
Jln Bukit Lanjan 6, Jln Damansara,
60000, KL.

PENYERTAAN SUDAH DIBUKA

KAMI HANYA MENERIMA 1000 PENYERTAAN SAHAJA

AYUH PEMINAT BASIKAL SEKALIAN
AYUH PEMINAT BASIKAL SEKALIAN
AYUH PEMINAT BASIKAL SEKALIAN

ANDA BOLEH MENDAFTAR SEKARANG
ANDA BOLEH MENDAFTAR SEKARANG
ANDA BOLEH MENDAFTAR SEKARANG



 BORANG PENYERTAAN 

Borang penyertaan boleh didapati di pautan berikut : BORANG PENYERTAAN

Logo RASMI KASIH 7

Untuk makluman semua ini adalah Logo RASMI program kayuhan Amal dan Sihat (KASIH 7)

KISAH PROGRAM KASIH

Untuk makluman semua pengunjung BLOG

Program “ Kayuhan Amal dan Sihat 7 ” merupakan program kayuhan berbasikal berkonsepkan on-road dan off-road dimana memberi galakan kepada peminat basikal menderma kepada golongan yang memerlukan. Program ini kali kedua  dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi (UKM) hasil dari kesinambungan dari KASIH 1,2,3,4,5 dan 6.

BLOG KASIH 6
www.kasih6.blogspot.com  

Friday 1 December 2017

PENGUMUMAN!


Kami dari Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan program KASIH 7 iaitu program Kayuhan Amal Dan Sihat ke 7! Ianya merupakan kesinambungan Kayuhan Amal Dan Sihat ke 6 (KASIH 6) yang telah dijalankan pada 2016 dahulu.

Program ini akan dijalankan pada 10 Mac 2018 dan akan berkonsepkan Jamboree. Laluan yang digunakan merangkumi Off-Road dan On-Road. Laluan kali ini akan mencabar stamina mental dan fizikal anda semua. Kasih 7 juga menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Program ini merupakan program Kayuhan Amal. Dana yang dikumpul akan disalurkan 100% kepada pihak yang memerlukan. Kasih 7 akan menyalurkan dana yang dikumpul 70% kepada Perkampungan Che Soh, Kelantan manakala lagi 30% akan disalurkan kepada Misi Sedekah Jumaat.

Yuran penyertaan hanyalah RM60 sahaja! Jangan tunggu lagi, mari daftar sekarang! Tarikh tutup penyertaan ialah 10 FEBRUARI 2018! Jangan ketinggalan!!



Tuesday 7 November 2017

KEMENANGAN KASIH 7 DI BICARA TUNTAS

Pada 4 November 2017 yang lalu, Kolej Burhanuddin Helmi telah menghantar pasukan KASIH 7 untuk menyertai pertandingan Bicara Tuntas yang diadakan di Pusanika. Sebanyak 22 pasukan dari setiap kolej telah menyertai pertandingan tersebut. Setiap pasukan yang bertanding harus membentangkan tentang program yang bakal mereka anjurkan untuk mendapatkan tajaan dari pihak-pihak yang tertentu.

Program KASIH 7 yang bakal dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi telah dibentangkan oleh Ketua Program KASIH 7 iaitu Nur Anis Suhaila bt Md Sharif dan pembentangan tersebut telah menambat hati para juri sekaligus program KASIH 7 telah menjuarai pertandingan Bicara Tuntas tersebut.

Hadiah untuk tempat pertama pertandingan tersebut merupakan wang tunai sebanyak RM3000 dan wang tersebut akan disalurkan dan digunakan sebaik mungkin untuk membiayai program KASIH 7 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Para pemenang pertandingan Bicara Tuntas.









Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Anis Suhaila dan pasukan KASIH 7 kerana telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi pertandingan Bicara Tuntas pada kali ini. Semoga program KASIH 7 yang bakal dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya hendaknya.



Sunday 29 October 2017

LOGO RASMI KAYUHAN AMAL & SIHAT 7 (KASIH 7)


Saturday 28 October 2017

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)




KOLEJ BURHANUDDIN HELMI, 24 Oktober - Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) di antara En.Bisharuzi Omar (Naib Presiden Kelab Berbasikal UKM, Penasihat Kelab Ekorelawan UKM) dan Dr. Muhammad Rahimi bin Yusop (Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi) di Bilik Mesyuarat Kolej Burhanuddin Helmi hari ini.




MoU ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama di antara pihak Kolej Burhanuddin Helmi dan pihak Kelab Berbasikal UKM bagi menjayakan Program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH7) yang akan diadakan pada 10 Mac 2018.
















Monday 16 October 2017

PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT PROGRAM

       Pada 2 Oktober 2017, telah diadakan satu perjumpaan diantara penasihat program Kasih, Encik Bisha, dan semua ahli jawatankuasa.