KASIH 3 (7-13 SEPTEMBER 2014)
Pada dasarnya, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk
mengeratkan lagi hubungan diantara komuniti masyarakat Malaysia di Australia
serta melaksanakan kajian mengenai konsep pengurusan sistem laluan basikal yang
mesra alam di Melbourne, Australia agar dapat digunapakai dalam usaha untuk
mewujudkan Eco Health Track di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
serta membudayakan hidup sihat dan cergas dengan berbasikal.
Selain daripada itu, pasukan ini juga mengambil peluang untuk melaksanakan
program amal dengan membuat kutipan amal untuk disumbangkan kepada Yayasan
Anak Warisan Alam (YAWA) iaitu sebuah badan NGO yang memperjuangkan hak
kelestarian dan alam sekitar di Malaysia.
Oleh yang demikian, disepanjang 7 hari di Melbourne, pasukan KASIH 3 telah
merangka beberapa program yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif agar
ianya mampu memberi manfaat berpanjangan.
Barisan ahli Kasih 3 berjaya dengan misi mereka di luar negara
|
0 comments:
Post a Comment