1.
Terbuka kepada semua peminat MTB dari dalam dan
luar negara .
Bagi
peserta:
2.
Semua peserta diwajibkan memakai topi keledar basikal yang bersesuaian , saiz
tayar MTB dan basikal dalam keadaan baik untuk menghadapi sebarang cabaran
sewaktu di dalam trek. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas
kelalaian serta kecuaian para peserta sendiri.
3.
Peserta sihat tubuh badan dan tidak mengalami sakit kronik sepanjang
program dijalankan.
4.
Borang pendaftaran lengkap beserta yuran
sebanyak RM60 perlu dikemukakan kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup
penyertaan secara manual atau atas talian (online). Para peserta akan diberi
barangan seperti goodies, t-shirt , medal , makananan , no plat , cabutan bertuah dan e-sijil.
5.
Hadiah kejohanan serta barangan yang akan
diterima tertakluk kepada penetapan
pihak jawatankuasa penganjur KASIH 7.
PERATURAN
TEKNIKAL
1.
Peserta dikehendaki membawa semua kelengkapan
untuk program termasuk basikal dan peralatan membaik pulih basikal.
2.
Hanya basikal bukit MTB dibenarkan semasa
pertandingan.
3.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan
kepada mana-mana peserta yang tidak mematuhi spesifikasi basikal.
4.
Peserta dikehendaki memakai no plat basikal yang
dibekalkan oleh pihak penganjur KASIH 7.
5.
Peserta hendaklah sentiasa mematuhi arahan
pegawai teknikal dan pihak penganjur yang bertugas sepanjang program.
6.
Jika berlaku sebarang kerosakan pada basikal
semasa prpgram, peserta dibenarkan menukar basikal sesama ahli pasukan.
7.
Peserta perlu mendengar taklimat kejohanan
sebelum peserta dilepaskan.
8.
Sebarang keraguan akan diputuskan oleh pegawai
teknikal KASIH & dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.
0 comments:
Post a Comment