Kembara ke Pulau Che Soh

Che Soh 1.0
Barisan ahli TVK yg menyertai misi ini.

Selama tiga hari dua malam  (28-30/4/2016) di Pulau Che Soh, tetapi cukup banyak pengajaran dan pengalaman yang dipelajari. Sedikit sebanyak dapat membuka mata kami yang disuap dengan kesenangan hidup untuk terus prihatin dan peka dengan keadaan sekeililing. Kemewahan yang dipinjamkan oleh Dia tidak lain dan tidak bukan selain bertujuan untuk kita semua berkongsi dengan yang lebih memerlukan.


Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya kami, Ahli Jawantankuasa Kasih 6 dan Khidmat Komuniti Kolej Burhanuddin Helmi diberi kesempatan waktu untuk menyampaikan dana kutipan hasil daripada program Kayuhan Amal dan Sihat (Kasih 6) pada 29 April 2016.


Jutaan terima kasih kepada Prof. Dato' Noor Aziah binti Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor HYal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk merasmikan dan memeriahkan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan kedatangan Prof. Madya Datuk Dr. Rokiah Omar, Pengarah Pusat Transformasi dan Komuniti (UCTC) UKM, Dr. Rahimi bin Yusop, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, UKM, wakil daripada Islamic Relief Malaysia, dan turut serta ketua-ketua HEJIM, UKM.



Berbekalkan niat untuk membalas jasa Allahyarham Mohd. Azrul Nizam bin Kamarulzaman yang merupakan bekas pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang juga merupakan bekas penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, kami juga datang untuk turut membantu penduduk kampung dan sekitarnya.


























Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kami. Melihat senyuman mereka adalah harapan kami. 
Semoga usaha ini diberkati Allah dan semoga program ini dapat dijalankan secara berterusan.


















Che Soh 2.0


Pada 21-23 April 2017 yang lalu, Team Volunter Kolej Burhanuddin Helmi (TVK) telah ke perkampungan Che Soh di Tumpat, Kelantan. Lawatan ini merupakan kesinambungan Che Soh 1.0 pada tahun 2016 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk menyerahkan dana yang dikumpul dari aktiviti Kasih 6.


Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan semasa TVK berada disana bertujuan untuk memajukan perkampungan tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti menanam cendawan yang disertakan dengan modul penjagaan cendawan untuk rujukan pada masa hadapan. Aktiviti menanam cendawan ini dijalankan untuk membantu penduduk Che Soh menjana pendapatan mereka disamping menambah ilmu penanaman kepada mereka.


Selain dari itu, aktiviti pemeriksaan mata percuma juga diadakan untuk penduduk Che Soh. Aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar tahun 4 optometri UKM dan dibantu oleh ahli jawatankuasa TVK dan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Beluru.








Aktiviti seterusnya yang dijalankan ialah program Profesor ke Desa yang dikelolai oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan persatuan PEMATRA yang melibatkan para pelajar dan profesor fakulti tersebut. Program Profesor ke Desa ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah SK Beluru. Aktiviti yang dijalankan ialah Menara Burj Dubai yang menggunakan permainan lego, Hovercraft dan membina kereta F1 yang menggunakan bahan-bahan kitar semula.








Aktiviti terakhir yang dilakukan pada malam terakhir ialah aktiviti barbeku. Barbeku ini dijalankan untuk merapatkan hubungan antara kumpualan TVK dan penduduk Che Soh.





Berikut merupakan detik-detik yang dilalui sepanjang perkampungan Che Soh.




















0 comments:

Post a Comment