Sunday 21 January 2018

TEASER 2 KASIH 7


BUSKING KASIH 7 DI DATARAN PUTRAJAYA

Pada 20 Januari 2018, beberapa sekretariat Kasih 7 telah melakukan aktiviti Busking di Dataran Putrajaya. Aktiviti ini dilakukan bagi menghebahkan program dan mengumpul dana untuk Che Soh dan Misi Sedekah Jumaat. 











Friday 19 January 2018

PENDAFTARAN HANYA TINGGAL 17 HARI SAHAJA

17 hari saja lagi sebelum pendaftaran ditutup (10 Feb 2018). Apa tunggu lagi!! Jom sertai KASIH 7! 

TEASER 1 KASIH 7




Thursday 18 January 2018

SLOT BERSAMA EN. BISHARUZI OMAR DAN EN. TABAH SAZWAN

Pada 17 Januari 2018, sekretariat Kasih 7 telah menghadiri slot bersama En. Bisharuzi Omar dan En. Tabah Sazwan. 










PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT TEKNIKAL

Pada 16 Januari 2018, suatu perjumpaan telah diadakan bersama pengarah teknikal, En Nordin Hussain, atau lebih dikenali sebagai 'Pak Din'. Perjumpaan ini memfokuskan hal-hal teknikal seperti kawasan trail.





AKTIVITI PERKAMPUNGAN PADA 16 JANUARI

Pada 16 Januari 2018, beberapa sekretariat Kasih 7 telah menjalankan street marketing bagi program Kasih 7. Ia telah dijalankan di beberapa lokasi berbeza iaitu:

Bangi



Nilai 3



Jalan Reko



Kajang


Jalan TAR
























Monday 15 January 2018

LATAR BELAKANG EN. TABAH SAZWAN BIN OTHMAN



Tabah Shazwan Othman atau nama ringkasnya TSO di lahirkan di Pulau Pinang. Pernah bermain bolasepak bersama pasukan piala presiden Pulau Pinang dan Kelab Pinang Port dalam divisyen 1 selian beberapa lagi kelab di kejohanan liga tempatan.



Minatnya terhadap bidang sukan telah bermula sejak dibangku sekolah lagi, telah menjadikan jiwanya dalam acara  bolasepak, futsal olahraga dan sukan berbasikal. Beliau berkelulusan sarjana muda sains sukan dengan kepujian daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kini menjawat jawatan sebagai penerbit  dan juga merupakan pengacara dan pengulas sukan di Media Prima. 


Beliau mula bertugas di Media Prima sejak 2003 sehingga kini. Dengan pengalaman hampir 15 tahun membawa beliau mengembara antara United Kingdom (UK) Germany Perancis, Itali Korea dan beberapa Negara di Asia Tenggara melalui beberapa tugas di peringkat antarabangsa seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Formula One.


SLOT PEMASARAN

Pada 15 Januari 2018, Pos Pemasaran telah memberikan talk dan nasihat dalam pemasaran.





SESI BERSAMA ALUMNI

Pada 15 Januari 2018, seorang alumni Kolej Burhanuddin Helmi, UKM, En. Hidir, telah datang untuk memberikan nasihat dalam mengendalikan acara.









LATAR BELAKANG EN. BISHARUZI OMAR


En Bisharuzi Omar merupakan Pegawai Sains Kanan di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM Bangi tidak asing lagi dalam dunia berbasikal. Beliau telah banyak menjadi penasihat Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH) sejak dari mula lagi. 



Beliau juga telah berkongsi serba sedikit pengalaman di program MOTIVATO MALAYSIA yang telah diadakan baru baru ini. 





Bagi yang masih belum tahu En. Bisharuzi Omar , telah memenangi Anugerah Pentadbir Cemerlang Universiti Awam ( Kategori Khidmat Komuniti). Anugerah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zarif selaku Timbalan Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) pada 20 Ogos 2016 bersempena Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2016.




Manakala pada tahun 2017 ,  beliau telah menerima Anugerah Bitara UKM 2017
 ( Kategori Keterlibatan Masyarakat Bukan Akademik ) 

Semoga beliau terus maju jaya dan bersemangat dalam memberi sumbangan dan bakti dalam masyarakat. Tahniah dan syabas kami ucapkan.