Monday 15 January 2018

LATAR BELAKANG EN. BISHARUZI OMAR


En Bisharuzi Omar merupakan Pegawai Sains Kanan di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM Bangi tidak asing lagi dalam dunia berbasikal. Beliau telah banyak menjadi penasihat Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH) sejak dari mula lagi. 



Beliau juga telah berkongsi serba sedikit pengalaman di program MOTIVATO MALAYSIA yang telah diadakan baru baru ini. 





Bagi yang masih belum tahu En. Bisharuzi Omar , telah memenangi Anugerah Pentadbir Cemerlang Universiti Awam ( Kategori Khidmat Komuniti). Anugerah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zarif selaku Timbalan Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) pada 20 Ogos 2016 bersempena Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2016.




Manakala pada tahun 2017 ,  beliau telah menerima Anugerah Bitara UKM 2017
 ( Kategori Keterlibatan Masyarakat Bukan Akademik ) 

Semoga beliau terus maju jaya dan bersemangat dalam memberi sumbangan dan bakti dalam masyarakat. Tahniah dan syabas kami ucapkan.

0 comments:

Post a Comment