Monday 15 January 2018

LATAR BELAKANG EN. TABAH SAZWAN BIN OTHMAN



Tabah Shazwan Othman atau nama ringkasnya TSO di lahirkan di Pulau Pinang. Pernah bermain bolasepak bersama pasukan piala presiden Pulau Pinang dan Kelab Pinang Port dalam divisyen 1 selian beberapa lagi kelab di kejohanan liga tempatan.



Minatnya terhadap bidang sukan telah bermula sejak dibangku sekolah lagi, telah menjadikan jiwanya dalam acara  bolasepak, futsal olahraga dan sukan berbasikal. Beliau berkelulusan sarjana muda sains sukan dengan kepujian daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kini menjawat jawatan sebagai penerbit  dan juga merupakan pengacara dan pengulas sukan di Media Prima. 


Beliau mula bertugas di Media Prima sejak 2003 sehingga kini. Dengan pengalaman hampir 15 tahun membawa beliau mengembara antara United Kingdom (UK) Germany Perancis, Itali Korea dan beberapa Negara di Asia Tenggara melalui beberapa tugas di peringkat antarabangsa seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Formula One.


0 comments:

Post a Comment