Penganjuran Program Kayuhan Amal dan Sihat kali ke 7 merupakan kesinambungan dari Progam KASIH sebelumnya. Pada asasnya tujuan KASIH dilaksanakan ialah berkonsepkan "Berbasikal Sambil Beramal" yang mana ianya melambangkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat disamping mengamalkan sikap memberi kepada golongan yang memerlukan.
Penganjuran Program Kayuhan Amal dan Sihat pada tahun 2018 ini diadakan dengan harapan dapat mengumpul dana untuk disalurkan kepada Pulau Che Soh, Tumpat, Kelantan yang telah dilanda musibah seperti banjir, kematian dan tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan kerana memperolehi pendapatan sekitar RM1000 ke bawah.
Umumnya, Kampung Pulau Che Soh hanya terdapat 11 buah keluarga sahaja. Majoriti diantara mereka hanya berkerja sebagai nelayan demi mencari sesuap nasi dan kehidupan mereka serba kekurangan dari segi infrastruktur rumah yang sangat daif dan keperluan asas yang tidak mencukupi. Malah keadaan makin memburuk lagi jika musim tengkujuh melanda yang kebiasaannya kampung itu ditenggelami air 'bah'. Justeru, dana yang dikumpul akan digunakan untuk membaik pulih jeti kayu kepada jeti batu dan disertakan kayu penanda aras banjir berdekatan dengan jeti.

Jika ada individu yang ingin menyumbang kepada tabung sumbangan kami adalah sangat sangat dihargai.
Nombor akaun bagi sumbangan iklhlas ini boleh dirujuk di poster di atas dengan rujukan SUMBANGAN IKHLAS KAYUHAN AMAL DAN SIHAT(KASIH 7) jika membuat pindahan wang.
Bagi sumbangan melalui cek, boleh disalurkan ke atas nama bendahari Kayuhan Amal dan Sihat(KASIH 7)
Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan/puan.
0 comments:
Post a Comment