Friday 1 December 2017

PENGUMUMAN!


Kami dari Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan program KASIH 7 iaitu program Kayuhan Amal Dan Sihat ke 7! Ianya merupakan kesinambungan Kayuhan Amal Dan Sihat ke 6 (KASIH 6) yang telah dijalankan pada 2016 dahulu.

Program ini akan dijalankan pada 10 Mac 2018 dan akan berkonsepkan Jamboree. Laluan yang digunakan merangkumi Off-Road dan On-Road. Laluan kali ini akan mencabar stamina mental dan fizikal anda semua. Kasih 7 juga menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Program ini merupakan program Kayuhan Amal. Dana yang dikumpul akan disalurkan 100% kepada pihak yang memerlukan. Kasih 7 akan menyalurkan dana yang dikumpul 70% kepada Perkampungan Che Soh, Kelantan manakala lagi 30% akan disalurkan kepada Misi Sedekah Jumaat.

Yuran penyertaan hanyalah RM60 sahaja! Jangan tunggu lagi, mari daftar sekarang! Tarikh tutup penyertaan ialah 10 FEBRUARI 2018! Jangan ketinggalan!!



0 comments:

Post a Comment