Monday, 15 January 2018

GERAI JUALAN KASIH 7

Sekretariat daripada pos gerai jualan telah membuka gerai jualan berhampiran dengan SMK Jalan 3, Bangi pagi tadi. Gerai jualan ini serba sebanyak dapat membantu dana dalam menjayakan KASIH7 yang bakal tiba tidak lama tadi. Jualan akan dijalankan pada hari Isnin hingga Jumaat minggu ini. Yang menariknya kesemua item yang dijual hanya berharga RM1 sahaja! Apa tunggu lagi jom membeli sambil beramal!



MESYUARAT (1) PERKAMPUNGAN KASIH 7

Perkampungan KASIH 7 pada hari ini diakhiri dengan mesyuarat bersama dengan sekretariat dan ahli majlis tertinggi KASIH 7. Mesyuarat ini telah membincangkan perkara-perkara seperti gerak kerja hal berbangkit dan kerja yang akan dilakukan pada keesokan harinya.





 








PEMERIKSAAN TRAIL KASIH 7

Beberapa sekretariat KASIH 7 khususnya lelaki ditugaskan untuk mengendalikan kawasan trail bersama teknikal luar seperti memeriksa trail yang akan digunakan untuk acara KASIH 7.



Sekitar trail yang akan digunakan untuk Kasih 7.


PENGEDARAN FLYERS KASIH 7 DI ACARA PULAU INDAH 180 MALAYSIA 2018

Sebahagian daripada sekretariat KASIH7 telah ditugaskan untuk mengedarkan flyers di acara berbasikal di Pulau Indah , Selangor.








Antara peserta yang hadir bagi acara ini.