Tuesday, 7 November 2017

KEMENANGAN KASIH 7 DI BICARA TUNTAS

Pada 4 November 2017 yang lalu, Kolej Burhanuddin Helmi telah menghantar pasukan KASIH 7 untuk menyertai pertandingan Bicara Tuntas yang diadakan di Pusanika. Sebanyak 22 pasukan dari setiap kolej telah menyertai pertandingan tersebut. Setiap pasukan yang bertanding harus membentangkan tentang program yang bakal mereka anjurkan untuk mendapatkan tajaan dari pihak-pihak yang tertentu.

Program KASIH 7 yang bakal dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi telah dibentangkan oleh Ketua Program KASIH 7 iaitu Nur Anis Suhaila bt Md Sharif dan pembentangan tersebut telah menambat hati para juri sekaligus program KASIH 7 telah menjuarai pertandingan Bicara Tuntas tersebut.

Hadiah untuk tempat pertama pertandingan tersebut merupakan wang tunai sebanyak RM3000 dan wang tersebut akan disalurkan dan digunakan sebaik mungkin untuk membiayai program KASIH 7 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Para pemenang pertandingan Bicara Tuntas.









Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Anis Suhaila dan pasukan KASIH 7 kerana telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi pertandingan Bicara Tuntas pada kali ini. Semoga program KASIH 7 yang bakal dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya hendaknya.



Sunday, 29 October 2017

LOGO RASMI KAYUHAN AMAL & SIHAT 7 (KASIH 7)


Saturday, 28 October 2017

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)




KOLEJ BURHANUDDIN HELMI, 24 Oktober - Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) di antara En.Bisharuzi Omar (Naib Presiden Kelab Berbasikal UKM, Penasihat Kelab Ekorelawan UKM) dan Dr. Muhammad Rahimi bin Yusop (Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi) di Bilik Mesyuarat Kolej Burhanuddin Helmi hari ini.




MoU ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama di antara pihak Kolej Burhanuddin Helmi dan pihak Kelab Berbasikal UKM bagi menjayakan Program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH7) yang akan diadakan pada 10 Mac 2018.
















Monday, 16 October 2017

PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT PROGRAM

       Pada 2 Oktober 2017, telah diadakan satu perjumpaan diantara penasihat program Kasih, Encik Bisha, dan semua ahli jawatankuasa.